Sebagai rujukan, untuk membolehkan anda melaksanakan permohonan ke IPTA Fasa 2, sila ke laman web https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/spm/index.html atau jika nak beli PIN UPU, sila ke http://www.mybsn.com.my/pb_pin_purchase.html . Selain itu, jika anda ada masa terluang, boleh membaca artikel entri tentang panduan Permohonan ke IPTA TEVT dan ILKA 2011 .
Baiklah, jika dahulu, iaitu pada tahun 2009, sistem tersebut dibangunkan oleh Universiti Teknologi MARA menggunakan nama Selangkah ke UiTM, kini pada tahun 2011, ianya ditukar struktur dan nama kepada I-MAS-C-U, atau dengan cara menyebutnya adalah I Must See You (saya perlu jumpa awak). Sebuah nama yang agak ganjil kan? Haha…
Sistem I-MAS-C-U tidak terhad kepada pemohon lepasan SPM sahaja, malah, pemohon dari lepasan STPM dan Matrikulasi boleh menyemak kelayakan akademik masing-masing sebelum memilih kursus yang sesuai dengan keputusan SPM dan STPM atau MUET masing-masing. Lebih menarik, dalam sistem I-MAS-C-U ini, pemohon boleh juga mengetahui kerjaya yang sesuai dengan minat dan keputusan peperiksaan SPM masing-masing.
Berbeza dengan sistem Selangkah pada tahun 2009, kali ini I-MAS-C-U membolehkan pemohon menyemak kelayakan kursus yang sesuai mengikut IPTA yang diminat. Sebagai contoh, pemohon boleh memasukkan keputusan SPM, kemudian memilih IPTA yang manakah mereka ingin pergi, tak kisahlah samad UiTM, UIA, UM dan sebagainya. Memang sangat berguna.
Tanpa melengahkan masa, kita teruskan dengan cara dan panduan penggunaan sistem I-MAS-C-U ini. Oh ya, anda sekalian bolehlah ke laman rasmi sistem I-MAS-C-U dengan klik disini atau layari URL ini: http://www.selangkah.uitm.edu.my/imascu/index.php
Okay, kita teruskan cara mengetahui bagaimana untuk menggunakannya, kalau tidak keberatan sila baca entri ini sehingga habis. Kemudian, jika ada soalan, kemukakan pada ruangan dibawah ini yer..
PANDUAN SEMAKAN KELAYAKAN AKADEMIK
Sekiranya anda merupakan seorang lepasan SPM 2010 atau tahun-tahun sebelumnya, apa yang perlu anda lakukan ialah layari laman web sistem I-MAS-C-U di alamat http://www.selangkah.uitm.edu.my/imascu/index.php dan apabila gambar seperti diatas telah dipaparkan di skrin komputer anda, klik pada ayat “Klik disini untuk membuat semakan”
Baiklah, sebaik sahaja anda klik pada pautan tadi, halaman akan memaparkan pula borang yang anda perlu isikan dengan maklumat peribadi seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon dan Negeri. Anda digalakkan untuk mengisi maklumat yang tepat kerana maklumat ini akan dicetak pada dokumen kelaykan akademik anda.
Seterusnya, akan ada 3 butang pilihan, iaitu SPM, STPM dan Matrikulasi KPM. Jika anda seorang calon lepasan SPM, pilihlah SPM, tapi jika anda seorang calon lepasan Matrikulasi, sila pilih Matrikulasi KPM.
Baiklah, sekiranya anda telah memilih SPM, paparan seperti dalam rajah dibawah akan dipaparkan dan apa yang perlu lakukan kini adalah memasukkan keputusan SPM anda.
Kemudian, selepas anda memasukkan 10 keputusan peperiksaan anda, klik pada Seterusnya untuk membolehkan anda memilih IPTA.
Klik pada seterusnya untuk memilih IPTA dan membuat semakan akademik. Perlu diingatkan, semasa entri ini ditulis, beberapa IPTA masih lagi mengeluarkan ralat, contohnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sebaik sahaja butang Seterusnya diklik, komputer anda akan memuat turun dokumen fail PDF. Sila pastikan komputer anda mempunyai perisian pembaca PDF. Anda boleh memuat turun Adobe Reader atau Foxit Reader untuk membuka dokumen tersebut.
Paparan kelayakan adalah seperti dibawah:
Baiklah, itu sahaja untuk pemohon kategori SPM. Untuk kategori STPM dan STPM pula, proses mengisi maklumat adalah hampir sama, cuma untuk STPM, anda perlu memasukkan Keputusan MUET (Band), Aliran STPM dan Keputusan STPM dan SPM. Manakala untuk Matrikulasi KPM, anda perlu memasukkan Keputusan MUET (Band), Aliran Matrikulasi, PNGK (CGPA) dan keputusan Matrikulasi dan SPM.
Seterusnya, jika masih berminat, anda boleh terus membaca mengenai Ujian Minat Kerjaya yang ditawarkan oleh sistem I-MAS-C-U. Untuk memulakan sistem Ujian Minat Kerjaya, anda boleh layari http://www.selangkah.uitm.edu.my/imascu/index.php?l1=UKK
Sebaik sahaja melayari sistem Ujian Minat Kerjaya, anda perlu memasukkan butiran peribadi anda terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan keputusan SPM anda. Seterusnya, anda perlu menjawab 6 set soalan bagi menentukan kemahiran dan program yang sesuai diikuti oleh anda. Apa yang pasti, Ujian Minat Kerjaya ini dapat membantu anda dalam mendapatkan program pengajian yang sesuai di IPTA berdasarkan minat dan keputusan peperiksaan SPM anda.
Baiklah, itu sahaja untuk kali ini, untuk SPM 2010 atau SPM 2009/STPM/ dan Matrikulasi KPM, jikakalau anda nak melhat kelayakan keputusan peperiksaan sebenar atau trial sebelum melaksanakan permohonan Fasa 2, silakan melayari laman web http://www.selangkah.uitm.edu.my/imascu/index.php . Selain itu, jika anda mempunyai blog juga dan ingin menceritakan perkara ini anda bebas nak menyalin entri ni kedalam blog anda atau mempromosikan entri ini.
glitter-graphics.com
No comments:
Post a Comment